Logo Majlis Daerah Tanjong Malim terdiri daripada kombinasi 3 warna asas iaitu Merah, Biru, Kuning. Ianya telah mula digunakan secara rasminya pada 10 Mei 2006 menggantikan logo MDTM yang lama, dimana pelancaran logo baru ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan , Y.B Dato' Chang Ko Youn, D.P.M.P

DASAR KUALITI
MDTM sebagai agensi pemangkin pembangunan 'Koridor Selatan Negeri Perak' komited dalam memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap , efisyen dan mesra demi mencapai perkhidmatan yang berkualiti demi kepuasan pelanggan.
Untuk mencapai hasrat tersebut MDTM berazam untuk:
-
Melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang mematuhi keperluan-keperluan ISO 9001:2015 dan undang-undang berkaitan,
-
Menjadikan Sistem Pengurusan Kualiti ini sebagai budaya kerja dan dijalankan dengan sepenuh tanggungjawab , bijaksana dan berintegriti.
-
Memastikan penambahbaikan berterusan sentiasa dijalankan selaras dengan keperluan dan peredaran semasa.
-
Sentiasa membuat semakan dan pemantauan terhadap prestasi sebenar setiap Jabatab/Bahagian/Unit bagi memastikan Objektif-Objektif Kualiti yang ditetapkan sentiasa dipatuhi
-
Memastikan isu dalaman dan luaran (negatif dan positif) serta pihak-pihak berkepentingan ditentukan ke atas semua proses agar penilaian risiko dapt dilaksanakan terhadap isu-isu terlibat,dan
-
Sentiasa memastikan keperluan sentiasa mencapai kepuasan pelanggan dengan pertambahan nilai terhadap semua pihak-pihak yang berkepentingan, Ahli Majlis,pembekal kontraktor, kakitangan dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan khususnya,
-
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi memastikan kualiti kerja dan perkhidmatan sentiasa optimum.