top of page

Logo Rasmi Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)

100.png

Logo Majlis Daerah Tanjong Malim terdiri daripada kombinasi 3 warna asas iaitu Merah, Biru, Kuning. Ianya telah mula digunakan secara rasminya pada 10 Mei 2006 menggantikan logo MDTM yang lama, dimana pelancaran logo baru ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan , Y.B Dato' Chang Ko Youn, D.P.M.P

3.png

Simbol buku yang tersusun dan disokong oleh kawah ilmu ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan adalah nadi kehidupan

4.png

Bentuk anak panah yang terarah ke atas melambangkan pembangunan maju dan mampan

5.png

Bentuk geometri berwarna kuning di atas logo melambangkan struktur bangunan sebagai identiti Pusat Pengajian Tinggi yang terletak di Tanjong Malim

6.png

Keris melambangkan ketuanan dan wadah perjuangan bangsa

7.png

Bunga Tanjong pecah lapan adalah sebagai bunga rasmi MDTM membawa maksud kebersihan dan keindahan lapan kwasan pentadbiran di MDTM

8.png

Lambang elektron bermaksud pembangunan, perindustrian, berteknologi tinggi dan automotif

9.png

Simbol jalan raya dan air melambangkan kemudahan infrastruktur dan keperluan asas penduduk

1.png

Bentuk geometri di kiri dan kanan logo melambangkan pembangunan serta lapan anak tangga yang menuju kecemerlangan

2.png

Slogan Majlis Daerah Tanjong Malim "Maju Dan Jaya"

MDTM © Copyright
bottom of page