top of page

Logo Majlis Daerah Tanjong Malim terdiri daripada kombinasi 3 warna asas iaitu Merah, Biru, Kuning. Ianya telah mula digunakan secara rasminya pada 10 Mei 2006 menggantikan logo MDTM yang lama, dimana pelancaran logo baru ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan , Y.B Dato' Chang Ko Youn, D.P.M.P

Kronologi Penubuhan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
1904
Pihak Berkuasa Tempatan ketika ini dikenali sebagai Batang Padang Sanitary Board dan diwartakan dibawah Warta Kerajaan No.1077/1904
1923
Cawangan baru diwujudkan dibawah kawalan Batang Padang Sanitary Board yang dikenali sebagai Tanjong Malim Malim Sanitary Board (TMSB) bertempat di Jalan Raja Itam, Tanjong Malim.

1958
TMSB dirombak semula menjadi cawangan-cawangan kecil iaitu Majlis Bandaran Tanjong Malim, Lembaga Bandaran Trolak dan Majlis Tempatan (Slim River, Slim Village, Behrang Stesyen & Behrang Ulu).

2002
Pada bulan ApriI, Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berpindah dan beroperasi di Bandar Behrang 2020.
1979
Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang.

1975
Penguasa-penguasa Tempatan yang terdiri dari Tanjong Malim, Trolak, Slim River, Slim Village, Behrang Stesyen dan Behrang Ulu disusun semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap satu diberi nama Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT).

bottom of page